Thursday 16 May 2013

Tutup Aurat ni Satu hidayah ker satu kewajipan?


Assalamualaikum Semua;

Hari datang keje pepagi, cam biasa on lappy dan baca email.. Tgk planner and schedule hari ni... Alhamdulillah, x der urgent task to deliver....

Then bukak browser tgk Harian Metro.... ni Rutin setiap hari, sbb ambe ni x berapa suka sgt tgk Berita mlm2 tuh... maklum la kalut main game kt FB... hehehe

Tgh dok belek2 online newspaper ni, terhenti kat entry ni:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rezekiberlakonselaluada/Article/index_html

Dalam hati ambe tertanya2, kita ni (pompuan la) pakai tudung tutup aurat kerana ape? Adakah kerana tuntutan agama atau ape? Some people says, kita pakai tudung setelah mendapat hidayah Allah... Bole ker gitu? Some people says, kita pakai tudung sebab ikut trend/nampak cantik pulak bile pakai tudung. Some people says, kita pakai tudung sebab dituntut oleh agama Islam. Berdosa mendedahkan aurat. Dan macam2 lagi alasan yang diberikan.

Nak kata ambe ni lebai sangat, x ade la! Dan x perlu jadi alim untuk memberi teguran yang baik dan membina... Na tgu alim mmg TAK la kan? Takkan nk angkat bakul sendiri declare kita ni alim.. itu dah RIAK dan TAKBUR!

Kenapa ambe utarakan isu ini, sbb ambe tak berapa gemar dgn statement:

"Selepas empat kali mengerjakan umrah, akhirnya impian Eja untuk menutup aurat menjadi kenyataan apabila Allah memakbulkannya."

Setahu ambe menutup aurat adalah satu kewajipan dan bukannye perlu menunggu hidayah dari-Nya. Kita sebagai hamba-Nya wajib mematuhi perintah-Nya... Daripada statement tu nampak sgt yg mmg niat kita sbg manusia ni mmg x nak ikut perintah Allah... Tu yg jadi mcm ni!

Apepun Alhamdlillah, Akhirnya Eja dah menuju ke landasan yang betul... Peringatan untuk diri ambe sendiri untuk mengubah diri ke arah kebaikan. Amin!

Sesungguhnyayang baik datang daripada Allah, dan yang buruk adalah datang daripada kita sendiri. Semoga Allah mengampuni Kita...

No comments:

Post a Comment