Monday 13 May 2013

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day to all MOTHERs out there... Cute Imej crop from GOOGLE!



29 August 1982

8.00 Pagi Ahad yang nyaman, lahirlah seorang puteri, diberi nama ROSLIANA BINTI OTHMAN.

Pic of Me


Pengalaman pertama beliau sebagai seorang ibu. Bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat penyambung kasih antara dua insan bergelar suami dan isteri. Hasil perkongsian hidup OTHMAN BIN YAHYA dan AZIZAH ABDULLAH.

Ma and Abah


29 August 1983

Bertarikh 24 August 1983, beliau telah meghadiahkan daku seorang teman bermain di kala sunyi. Seorang teman yang putih melepak da berkulit mulus, diberi nama NOOR FADILAH BINTI OTHMAN.

Noor Fadilah (Ella)

Kami kemudian ditemani oleh dua adik lelaki, HASBULLAH BIN OTHMAN dan IBADILLAH BIN OTHMAN.

In Blue Wear : Hasbullah (Bon)
In Black Wear : Mustafa Kamal (Stopa)
 
 
Ibaidillah (Ibai)



Kasih mula berputik dan perasaan cinta terhadapnya makin bertambah. Dan bermulalah tanggungjawab seorang kakak terhadap adiknya. Terima kasih MA kerana hadiah yg tidak ternilai ini.

29 August 1988

Daku telah dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang. Walaupun kepayahan hidup menduga beliau, beliau tetap tabah mengatur kehidupan kami dengan baik sekali. Daku mula mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah TADIKA di Wakaf Bharu. Ketika ini, aku mula mengenal huruf untuk menjadi insan yang berjaya... Terima kasih MA atas peluang yang kamu berikan.

29 August 1994

Daku menduduki Peperiksaan pertama, UPSR dengan penuh debarnya. daku tahu yang diri ini tidak pernah serius di dalam pelajaran. Daku tahu keputusan UPSR itu pastikan akan membuat hati seorang ibu luluh. Daku hanya mampu membawa pulang 2A dan 2B sahaja. Namun beliau cukup bangga dengan pencapaian aku. Hati mana tidah gembira sekiranya melihat ibu sendiri gembira. Terima kasih MA atas dorongan kamu selama ini.

29 August 1997

Sekali lagi aku mennduduki Peperiksaan penting, PMR. Aku nekad untuk capai keputusan cemerlang untuk dikongsi bersama ibu dan bapaku. Alhamdulillah, doa buku dimakbulkan. Aku berjaya mendapatkan keputusan 7A dan 2B seterusnya membuka pelaung untuk aku menempatkan diri di MRSM Kuala Berang. Aku tahu mereka amat bangga dengan pencapaian ini seterusnya menjadikan aku pelajar contoh di sekola dan kampungku. Alhamdulillah! Semua teman2 mengagumi aku. Aku bahagia. Terima kasih sekali lagi MA atas tunjuk ajar yang kamu berikan.

29 August 2000

Aku diberi peluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusya, pra universiti; Kolej MARA Bantng. Satu tempat yang diimpikan oleh ramai orang. Dan sekali lagi aku berjaya membuatkan belia bangga. Terima kasih MA atas nasihat berguna yag pasti bole dijadikan tauladan tika di perantauan.

29 August 2002

Aku berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading, Universiti Tenologi Malaysia (UTM) dengan mendapat biasiswa daripada Telekom Malaysia Berhad. Alhamdulillah! Akhirnya usaha gigih aku untk mendapatkan biasiswa terlaksana. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga. Memandangkan akulah anak sulung di dalam keluarga. Adik2 perlukan kewangan untk membiayai pelajaran mereka. Betapa peritnya hidup kami. Terima kasih MA dan ABAH atas pengorbanan ini. Akan kugenggam segulung ijazah sebagai bonus di atas usaha keras kalian.

On my Graduation Day
 
Happynye diaorg kan?
 
 

29 August 2006

Aku telahpun disahkan jawatan sebagai seorang pekerja TM Berhad. Akan kujadikan platform ini sebagai laluan kemudahan kepada kita sekeluarga untuk menikmati kehidupan yang lebih senang. Akan kubalas semua jasa kalian selagi terdaya walaupun kupasti tidak kan terbayar semuanya kerana pengorbananmu teramat tulus.

Memoirs with PPM Department
 
Am receiving the GLT Award from TM
 
 

29 August 2008

Aku telah dikurniakan seorang ibu yang akan kukasihi sebagaimana daku mengasihi ibuku sendiri. Itulah ibu mertuaku. Tidak dilupakan bapa mertuaku yang dihormati.


My Father and Mother in Law
 

29 August 2009

Kini tiba giliranku pula menjadi ibu. Mummy kepada cutest girl.

Wan Qistina Salsabila Binti Wan Norefendi (Aisyah)

Anyway thank you Daddy for being the best husband ever and am very appreciated the wishes," Happy Mother's Day, Sayang!".


Wan Norefendi Bin Wan Pazilah


May 2013

Kutitipkan kiriman rindu ini kepada kalian sebagai ibu dan bapaku. Aku bangga memilikimu sebagai peneman hidup dunia dan akhirat. Terima Kasih Allah atas kurniaan-Mu




Back:
From Right:
1- Hasbullah (Bon)
2- Siti Nurbaya (Baya)
3- Noor Fadilah (Ella)
4- Othman (Abah)
5- Azizah (Ma)
6- Siti Atifah (CT)
7- Shahrul Nizam (Yo)

Front:
From Right:
8- Mustafa Kamal (Stopa)
9- Anis Fitriah (Anis)
10- Adila Shahira (Iya)
11- Ibaidillah (Ibai)

Missing here are:
12- Najmi Shahir (Na Mi)



What a Splendid family I ever had!!! Luv U All.




No comments:

Post a Comment